terça-feira, 4 de maio de 2010

Puteh

agaknya mungkin kebanyakkan orang sudah pun tahu yang saya bakal mengeluarkan koleksi pakaian kepada para muslimah. "eh, bukan dulu Rizalman cakap dia tidak menyokong kepada konsep busana muslimah ke?". Benar. Namun apa yang bakal dipertontonkan di sini biarlah saya terangkan dahulu rasional di sebaliknya. Sahabat baik saya telah mengajak saya membuka sebuah butik yang memenuhi keperluan seseorang muslimah.. telekung, jubah, tudung serta lain2 alatan pakaian yang lebih cenderung kepada 'ala' Islam, bukannya 'ala fesyen' Islam. Maksudnya, pakaian saya yang akan dipasarkan di butikPUTEH ini adalah dari rangkaian koleksi yang boleh digunapakai oleh wanita2 bertudung. (sila rujuk post saya yang terdahulu, bertajuk to be or not to be). Jadi mereka yang mungkin beranggapan baju2 saya selama ini kebanyakkannya sendat dan ketat,jarang malah singkat..maka boleh lah berkunjung ke butik ini bagi pilihan yang lebih mesra agama.

Setelah sekian lama saya tidak mengeluar advert seperti ini,maka untuk menghilangkan dahaga dan kerinduan pada para peminat serta pereka2 fesyen tempatan lain sekelian.. terimalah bingkisan ini.













Sem comentários: